Selamat Datang ke blog Syeera... Hai! BTW, sekarang masih RAMADHAN right? so.....! SELAMAT BERPUASA... Moga kita dapat memperbanyakkan amalan kita bersama yer readers...

29 October 2011

SEANDAINYA KAU ADA by KAMSIAH ABU


.3 hari lepas, malam rabu.
.syeera sempat baca sebuah novel.
,tajuknya seandainya kau ada.
.karya Kamsiah Abu.
.sebab kn best sgt syeera baca smpy hbis.
.besoknya pulak ada exam.
.memg tertido la time jwb exam tuh.







Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ia sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul di antara dia dan Isaac. Amamt payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiasa membelenggu hidupnya.
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakan kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah mengahwini wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan mendapat perhatiannya telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah rekasi Iskandar terhadap isterinya itu?


No comments: