hari ni syeera nak utarakan pendapat syeera...
berserta beberapa info...
tentang ikhtilat...
IKHTILAT
apa maksud ikhtilat??
Ikhtilat ni dari sudut syariah bermaksud percampuran
antara lelaki dengan perempuan di suatu tempat
sama ada berkumpulan atau berseorangan.
hukum ikhtilat??
hukumnya haram jika percampuran antara lelaki dan perempuan.
tetapi menjadi harus di antara lelaki dan lelaki.
haram?? bagaimana dgn jual beli dan pekerjaan??
di dalam konteks ini, hukum haram itu boleh diharuskan
tetapi tertakluk kepada keadaan seperti dalam
keadaan terpaksa. sebagai contoh doktor lelaki merawat
seorang perempuan yg bru lepas ditimpa kemalangan
memandangkan pada masa itu tiada doktor lain. selain itu.
seperti dalam keadaan keperluan seperti antara murid dan guru,
dalam urusan jual beli antara pembeli dan penjual, dalam pekerjaan
antara pekerja dan ketua.
tetapi harus dgn tdak melanggar perkara2 yg dilarang.
perkara2 yg dilarang dalam ikhtilat??
1. pandangan yg berlebihan
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya
menahan penglihatan dan menjaga kehormatan...
dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman
supaya menahan penglihatan dan menjga kehormatan"
Surah An-Nur : 30-31
2. bersentuhan
3. bercakap lembut
percakapan adalah perkara penting yg perlu dijaga.
percakapan yang berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
percakapan yg digalakkn ialah percakapan yg ringkas
padat dan mencapai mksud.
4. khalwat
DILARANG berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan
melainkan adanya mahram. dan mahram bukan mahram budak kecik
yang masih belum cukup umur. tapi mahram yg sudah memahami
ajaran dan mampu menegur.
5. tidak menutup aurat
tapi...
ramai yang xtau...
sejauh mana kita menjauhi ikhtilat di alam nyata,
di alam maya kita masih aktif...
berchatting n berfacebooking...
antara lelaki dan perempuan...
itu juga ikhtilat...
ikhtilat...
satu topik yang agak kuat untuk dibincangkan,
satu permulaan ke arah kebaikan...
syeera sendiri masih baru...
masih terumbang ambing...
masih belajar...
masih memerlukan bimbingan...
post ni bukan sekadar sharing mklumat...
tapi sebagai permulaan kepada kita semua...
*sometime masih ada rasa begini*
Ya Allah, bantulah hambamu yang kerdil ini...
No comments:
Post a Comment