Selamat Datang ke blog Syeera... Hai! BTW, sekarang masih RAMADHAN right? so.....! SELAMAT BERPUASA... Moga kita dapat memperbanyakkan amalan kita bersama yer readers...

29 October 2011

BUKAN TERLARANG by NUR HAZMA


.mlm khamis pulak, syeera baca novel lain.
.tajuknya BUKAN TERLARANG.
.karya NUR HAZMA.
.best jugak, 883 m/s jer.
.5 jam syeera baca, 5 pg bru tdor.






Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

SEANDAINYA KAU ADA by KAMSIAH ABU


.3 hari lepas, malam rabu.
.syeera sempat baca sebuah novel.
,tajuknya seandainya kau ada.
.karya Kamsiah Abu.
.sebab kn best sgt syeera baca smpy hbis.
.besoknya pulak ada exam.
.memg tertido la time jwb exam tuh.







Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ia sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul di antara dia dan Isaac. Amamt payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiasa membelenggu hidupnya.
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakan kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah mengahwini wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan mendapat perhatiannya telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah rekasi Iskandar terhadap isterinya itu?


28 October 2011

.merepek jer.


.errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
.blog tukar bentuk lagi.
.opps tukar background jer sbenarnya.
.exam lagi dua hari jer.
.isnin n selasa!.
.rabu dah bermula perjuangan.
.perjuangan untuk menghadapi SPM.
.SPM 2012.
.errr gerun tetiba lah.
.haish.
.that's nothing to say.
.i think it's okay if i stop here.

25 October 2011

kekejaman

.angah kejam.
.ada ke patut dia abiskan cornflakes.
.sedihnya.
.dapat makan sikit je tadi.
.(byk jugak sebenarnya).
.perut dah start sakit.
.syeera baru sedar yg syeera x makan lagi,
.*makan nasi maksudnya.
.oppps, terlupa sebenarnya.
.asyik duduk depan lappy n novel je.
.semua benda nak lupa.
.hope x terjadinya gastrik.
.so, syeera nk mencari sumting kat dapur.

Bening Merah Jingga

.syeera tengah layan novel kat bawah ni.
.karya Nazurah Aishah.
.best jugak, baru layan episod 5.
.nak baca bab awal x?.


"Astaghfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpanling ke arah suaminya Haji Idris.
"Habis tu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? Anak haram?"

Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi...bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakak masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itupada Hannan Fkhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia